24 TAHUN

Assalamualaikum dan hello :)
Semalam, genap 24 tahun umur saya. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur sampai sekarang. Tak dapat nak sambut dengan family tahun ni sebab tak dapat balik. Banyak kerja yang nak disiapkan sebelum cuti midterm. Apapun terima kasih untuk ayah dan ibu sebab membesarkan saya, melayan karenah saya bila saya nak macam-macam sampai kadang-kadang apa yang saya minta tu melampau (isk! mengada tau!), melayan saya yang degil ni dari saya kecil sampai sekarang. Saya akan balas jasa ayah ibu. Insyallah. Hehe. Terima kasih juga buat ehem ehem yang bagi hadiah yang sangat sangat saya tak sangka awak nak bagi. Terima kasih tau tau. Buat kawan-kawan, terutama TNF, Umie dan Fira, terima kasih meraikan hari lahir saya semalam. Saya sangat-sangat menghargai korang. I love you semua semua semua :)






















PRAY FOR MH370


Risau menanti khabar berita terkini dari mereka yang berada didalam kapal terbang MH370 walau aku tidak kenal sesiapapun diantara mereka. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menglihat. Allah uji mereka dan kita. Permudahkanlah urusan kami semua, Ya Rabb. Aameen Allahumma Aameen.


:')

“Kalau Allah dah catatkan itu rezeki kita, tak akan ia jatuh ditangan orang lain.
Rezeki kita Allah dah tentukan sejak kita dalam rahim ibu lagi.
Allah had planned it well—

Sabar. Istighfar. Redha. Senyum.”