Andai esok adalah Tanda Tanda ke 100 hari kematian mu.
Masihkah kamu leka dan lalai dengan kesenangan dan kemewahan
dunia?
Masihkah kamu melakukan maksiat?
Sedangkan perbuatan kamu itu di LIHAT TUHAN?
Aku ulang.
Andai esok adalah Tanda Tanda ke 100 hari kematian mu.
Sudahkah kamu bersedia untuk ‘Berkahwin Dengan kematian’?
.....................................................................................
100 hari sebelum mati
- Selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Ia
seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
40 hari
- Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika
7 hari
- Mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari
- Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri.
- Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
- Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
- Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
- Sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Saat kematian
- Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang
dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT.