SALAM AIDILFITRI
Salam. Pon pon tumpang lalu :P
Saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tulisan dan percakapan yang mengguris hati. Maaf atas segala salah dan silap saya. Halalkan apa yang telah diberi.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas,
Jaida Jamil
=)
TANDA-TANDA KEMATIAN
Andai esok adalah Tanda Tanda ke 100 hari kematian mu.
Masihkah kamu leka dan lalai dengan kesenangan dan kemewahan
dunia?
Masihkah kamu melakukan maksiat?
Sedangkan perbuatan kamu itu di LIHAT TUHAN?
Aku ulang.
Andai esok adalah Tanda Tanda ke 100 hari kematian mu.
Sudahkah kamu bersedia untuk ‘Berkahwin Dengan kematian’?
.....................................................................................
100 hari sebelum mati
- Selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Ia seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
40 hari
- Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika
7 hari
- Mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari
- Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
- Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
- Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
- Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
- Sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Saat kematian
- Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT.
:)
“Setiap kebaikan yang kita buat niatkan untuk ibubapa kita.
Moga mengalir juga pahala untuk mereka. Dengan izin Allah”
7 SEBAB
1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU
menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu
menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,”aku pun tak ade duit”
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2
kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan
menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,”aku pun tak cukup makan.”
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik,
hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan
pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat
memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,”aku ada banyak hutang nak kena bayar
bulan ni.”
4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang
menjenguk…siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk
memberi alasan “SIBUK”. Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya
perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi
mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,”aku bukan tak nak balik tapi tak dapat
cuti.”
5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang
berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita
buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya
berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,”aku bukan tak nak balik tengok
mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat.”
6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka
akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh
ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk
memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban,
bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita
lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah,
ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh
menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,”aku sibuk, biarlah adik-beradik aku
yang lain uruskan.”
7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang
mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah….walau
apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa
mereka kerana setitik air susu ibu…setitik keringat ayah….apakah nilainya pada
kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan
bersama2?….Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita
sementara mereka masih hidup….sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan
bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita…
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak
tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU
IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup
mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat
yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI….
Al-Fatihah utk kedua ibubapa kita, moga Allah merahmati mereka.
Sharing
is caring…. Sebarkan ilmu bermanfaat ini…
Subscribe to:
Posts (Atom)


