17 FEBRUARI 2014

Assalamualaikum :)
Dah seminggu macamtu tak update blog sebab busy sikit awal Februari baru-baru ni. Okay now I'm back! Cewah :p Alhamdulillah 17 Februari baru-baru ni dah daftar masuk sem baru. Semester 6 tahun 3 iaitu sem terakhir saya menjadi pelajar dalam Bsc(Hons) Multimedia Computing di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh. Alhamdulillah. Mudah-mudahan semester ni berjalan dengan lancar. Insyallah Amin :)

Selepas selesai sesi pendaftaran, terus gerak kerumah sewa dengan housemates. Sesi bermain dengan habuk dan sawang pun bermula. Maklumlah, dalam sebulan lebih tinggalkan rumah sewa. Hehe. Then lepas selesai semua, mulalah anak-anak cacing dok menendang perut minta makan. Dalam pukul 930 malam geraklah pergi Pizza Hut di Ipoh Garden. Disebabkan malas nak bersiap, masing-masing pakai baju tidur je. Selamberrrr! :D















2 comments: